Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini. Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan
Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2.
Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang
boleh kongsi bersama.
1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al
Fatihah. Sampai ke ayat iyakanakbudu waiyakanastain - yang ertinya hanya kepada
Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan, mintalah apa-apa hajat masa
itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah
Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam
urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada
Allah untuk menjaganya.
2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak
(nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini
makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha
mendengar lagi maha melihat.
3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya.
Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat
Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa
satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia
jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.
4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni
sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak
sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar,
sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil
bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat
melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu
adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.
7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan
sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku
juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta
maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat
salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .
8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak
Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan
Solat.
رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن
ذُرِّيَّتِىۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ
[Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan
sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami,
perkenankanlah doa permohonanku.]
9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna Ada pangkat, belajar
tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang
mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah
tak sayang, manusia tak suka.
10. Masa basuh beras niatkan ya Allah lembutkanlah hati
anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya , ( kenapa Kita nak dia
faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke
neraka ) Sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi. Basuh beras lawan
jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat
kerja ini hati jangan lalai ..dan ingat kepada Allah sentiasa.