Wednesday, November 16, 2011

0 Duit RM100 - Bantuan Persekolah 2012

Assalamualaikum...


Hari nie saya berpeluang untuk mengambil duit bantuan yang diperuntukan oleh kerajaan persekutuan seperti yang dibentangkan oleh Bajet 2012 di sekolah anak saya Sek Jenis Kebangsaan Cina Sin Ming, Semenyih





Duit bantuan RM100 akan disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing dan kemudiannya diagihkan secara tunai kepada ibu bapa, penjaga.




Kesemua murid tahun satu sehingga tingkatan empat persekolahan 2011 LAYAK mendapat bantuan sebanyak RM 100 ini tanpa mengira latar belakang keluarga. Ini bertujuan supaya duit bantuan ini sedikit sebanyak mengurangkan perbelanjaan ibu bapa membuat persiapan anak-anak. 


Sila tuntut duit masing-masing disekolah anak-anak dan jangan lupa bawa dokumen berikut:


1. Kad Pengenalan Ibu/ Bapa/Penjaga
2. Surat Beranak anak
Bagi yang menolak duit ini hendaklah turut hadir ke sekolah dan mengisi borang penolakan. Tapi bagi saya rezeki jangan ditolak tapi hendaklah pandai digunakan ke jalan yang betul. Apa yang penting, gunakanlah ia untuk membeli keperluan sekolah anak-anak untuk tahun depan atau sekurang-kurang simpan dalam bank kerana itu adalah hak mereka...cam la contoh saya ...simpan dalam tabung haji
psttt: Anda dah amek??

0 comments:

Post a Comment

 

Ini Kisah Kami Semua Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates