Sambungan kisah sebelum ini....
7.30 pagi : Siapkan anak-anak mengaji disurau
10.00 pagi : - Ke Klinik Pergigian Semenyih untuk ambil surat rujukan ke Hospital Serdang
- Mendaftar, bayar RM 1
- Pemeriksaan gigi seperti biasa (prosedur asas)
- Tunggu surat rujukan
10.30 pagi : - Ke Hospital Serdang
10.45 pagi : - Sampai dan cari parking yang penuh sesak..phewww
11.00 pagi : - Mendaftar di Klinik Gigi Pediatrik
12.00 tengahari : - Giliran masuk bilik 20 khas untuk kanak-kanak
- Doktor Nur Amalina ambil history semua
- Pemeriksaan dijalankan
- Doktor Pakar Dr Bahanordin diagnose gigi dan solution
- X Ray
- Gigi retak akan dicabut. Syukur alhamdulillah cuma 1/3 gigi sahaja yang dicabut memandangkan akar juga effect. Rawatan saraf akan dilakukan ...dan tampalan sementara akan dilakukan
2.30ptg : Selesai & pulang
4.00 ptg : Tampalan sementara tertanggal. Terus hubungi doktor & ty ape yang patut dilakukan...doktor mintak datang balik ke Serdang untuk tampal balik....Ya Allah..penat belum hilang...memikirkan nak ke sana tu...ermmm terfikir bleh tak pergi mana2 klinik untuk tampal balik...alhamdulillah..boleh :)
Cepat-cepat amek kunci kereta bergegas pulak ke Klinik Pergigian Beranang. Takut klinik tutup
4.15 ptg : Mendaftar lagiiiiiiiiiiii.....& pemeriksaan gigi rutin
- Tampalan dilakukan tetapi tidak la secantik di Hospital Serdang tetapi sekurang-kurangnya lubang tertutup.
5.00 ptg : Pulang ke rumah...baru sempat nak menjamah nasi sejak dr pagi tidak berisi...
SYUKUR ALHAMDULILLAH. Next appointment 17 Jan 2012 jam 2.30 ptg :)
Nota : Sepanjang pemeriksaan gigi dijalankan alhamdulillah Ainaa/ Kakak memberikan kerjasama yang sangat baik....dan tahniah juga kepada doktor-doktor & jururawat yang pandai melayan kanak-kanak :)
Menu kegemaran si dia
6 hours ago
nanti kakak boleh pakai gigi besi macam che de
ReplyDelete