Showing posts with label Ainaa Ayuni. Show all posts
Showing posts with label Ainaa Ayuni. Show all posts

Monday, December 19, 2011

0 Fairy Vs Princess

Ainaa membelek2 dashboard, tiba-tiba dia ternampak my business card..The Cake Fairy

Ainaa : Kenapa umie pilih nama fairy?
Umie : Sebab fairy tu kan ada kuasa magik, cantik
Ainaa : Fairy kan ada wings...umie xde wings..how come umie nak jadi fairy
Umie : * Dalam otak dok pk nie..tapi belum sempat jawab*
Ainaa : Apa kata umie tukar dari fairy ke PRINCESS...The Cake Princess..walaupun xde kuasa magik...tapi kek umie tetap sedap dan cantek...

Ainaa..ainaa...ada je jawapan dia...

Wednesday, December 14, 2011

0 GIGI

Assalamualaikum...


Nak share pengalaman di mana kejadian nie baru je lagi berlaku pada hari Isnin 12/12/2011. Anak perempuan yang sulung telah jatuh basikal tersembam atas jalan tar. Kejadian nie berlaku depan mata. Masih terbayang-bayang...hish


Akibat kejadian tersebut, anakku itu yang lebih dikenali dengan panggilan Kakak telah mengalami kecederaan pada gigi hadapannya...GIGI KEKAL yang telah retak hampir separuh. Bila melihatnya tidur pada malam tersebut membuatkan hatiku sebak tidak tertahan-tahan memikirkan masa hadapannya.


Kakak cukup menjaga giginya...tidak hairan lah kalau apabila pemeriksaan gigi dilakukan dia akan mendapat pujian kerana giginya yang cantik dan sihat.


Keesokan harinya, kakak di bawa ke Klinik Pergigian Kajang oleh babahnya. Pemeriksaan dilakukan dan doktor mengatakan giginya perlu dicabut tetapi hanya akan dicabut pada hari isnin minggu hadapannya (19/12/2011). Bila mendengar sahaja giginya akan dicabut..hati nie lagi la meruntun-runtun sedihnya. Doktor mengatakan kakak akan memakai gigi palsu selepas 2 bulan dicabut...Ya Allah kuatkan semangatku.


Tetapi berdasarkan pengalaman lalu & melihatkan keadaan gigi hati ini kuat mengatakan mengapa nak cabut sebatang gigi sedangkan yang kelihatannya cuma 1/3 gigi sahaja yang terlibat. Arrrhhh...doktor lagi tahu kerjanya...


Iskk tak boleh jadi nie...lantas Hospital Kajang dihubungi dan bercakap dengan Doktor Asmah. Dr Asmah mencadangkan membawa kakak ke Hospital Serdang kerana serdang mempunyai pakar pergigian pediatrik sambil berkata " Jangan cabut dulu ye gigi tu"


Tidak lama kemudian, Hospital Serdang pula ku terjahi...tetapi mereka mahukan surat rujukan dr pihak doktor yang merawatnya sebelum itu. Kemudian, KP Kajang dihubungi kembali dan meminta mereka mengeluarkan surat berkenaan. 


Masalah mula timbul bila KP Kajang berkeras tidak mahu mengeluarkan surat tersebut. 


Ya Allah permudahkan urusanku...


Kemudian, aku kembali menghubungi Hospital Serdang meminta pendapat mereka. Alhamdulillah mereka sangat membantu. Terima kasih...


Keesokan harinya : 14/12/2011 Jadual yang Padat Bermula....


Sambungan.....
 

Ini Kisah Kami Semua Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates