Friday, March 25, 2011

0 Macarons Packaging

Hiiiii...kali nie citer pasal macarons lagi..huhuhu nasib la korang....nak tanya pendapat korang camne ek?










Isk cantik-cantik kan??? 

Pssst: korangggg...gambar  nie sumer amek kat google je




0 Cerita Macarons

Kembali bersiaran selepas tergendala seketika. Malam semalam terdetik dibenak fikiran saya untuk mencuba sekali lagi membuat macarons nie....tidak sekali-kali ia mematahkan semangat saya. Sehingga dipertengahan jalan membuatnya...hujan turun dengan lebatnya.


Nah! ini la peluang terbaik nak buat macarons. Teringat penyelesaian yang telah ditunjukkan sifu saya aka kak nomie di blognya www.keklapis.com dan saya semakin teruja membuatnya dan menunggu hasilnya.




Proses Pengeringan


Apabila selesai proses membakar dilakukan...jantung berdegup kuat sambil tangan membuka pintu oven. Terasa seakan-akan ingin menjerit apabila melihat macarons menjadi...ALHAMDULILLAH...


Inilah hasilnya

Sekarang dah rase ader sedikit kondifent nak buat macarons nie..huhuhu..insyaallah bleh amek order dah pas nie :)


Monday, March 21, 2011

0 Bantuan Derma

Assalamualaikum....


Dah lama tidak menulis blog ini. Sejenak hati terasa sayu dan sedih mengenangkan nasib seorang sahabat yang berada di perantauan yang sedang sakit. Saya kenal beliau semasa sama2 menuntut di IKIP di bawah program NAPIER. Ikuti kronologi beliau:


Di bawah adalah kronologi kisah sahabat kita di Birmingham

Puan Zamzurina binti Mohamad berumur 31 tahun, dimasukkan ke City Hospital, Birmingham dengan menaiki ambulance pada 26 Disember 2010(Boxing Day) pada jam 3 petang kerana kesesakan nafas. Beliau menghadapi batuk yang tidak henti semenjak bulan ramadhan lalu dan telah 4 kali refer pada GP atas masalah tersebut. Beliau turut menyatakan pada GP mengenai susut berat badan yg melampau dan berpeluh di waktu malam tetapi GP hanya prescribed ubat batuk yg sama.

Keadaan kesihatan beliau menjunam dan diberikan alat bantuan pernafasan kerana beliau tak sedarkan diri. Dari awalnya suspected lungs infection tapi 3 hari kemudian disahkan swine flu dan juga TB sekaligus. Punca sistem pertahanan badan yang lemah akibat bakteria TB yang sudah serang sistem paru-parunya, beliau terus dimasukkan ke CCU.

Beliau mempunyai 2 orang anak berumur 3 dan 2 tahun. Beliau mengikut suaminya yang sebelum ini melanjutkan pengajian master di Birm City Uni dan kedua-dua mereka bekerja sebagai cleaners dan telah pun berhenti kerja. Mereka sepatutnya pulang ke Malaysia for good pada 4 Januari 2011 melainkan takdir Allah SWT telah mengubahnya. Ada keluarga dari Malaysia yang datang dan bawa pulang anak-anak. Selain daripada itu, suami beliau, Encik Ahmad Najami juga memerlukan sokongan masyarakat, yang setakat ini alhamdulilah, sangat supportive. Minta doakan kesejahteraan Encik Ahmad Najami juga sebab sangat tertekan dan ada masanya hilang semangat terus.





Doktor telah memanggil keluarga beliau untuk buat religious ceremony sebab mereka sangka dah hampir tiba masa. But Alhamdulillah she picked up and her condition stabilised sedikit demi sedikit. Allah Maha Berkuasa.

Puan Zamzurina telah pun sedar tetapi masih memerlukan bantuan gas pernafasan. Sebelah paru2nya telah rosak selama2nya (permanent damage) dan memerlukan bantuan oksigen. Beliau memerlukan bantuan bekalan oksigen yang mungkin mengambil masa 6bulan atau mungkin lebih atau selama-lamanya malah untuk penggunaannya atas pesawat bg kepulangannya ke Malaysia. Anggaran kos perbelanjaan sebanyak RM17,000 untuk pembelian alat bantuan pernafasan (tong gas pure oksigen). Kos itu tidak bermasuk tiket penerbangan mereka.



Sumbangan boleh disalurkan ke account HSBC suaminya beliau seperti dibawah

 Nama:AHMAD NAJAMI BIN MOHAMAD ZUBIR
No Account : 032048670025



Kisah beliau juga turut dimuatkan di dalam berita terkini TV3 pada 17 Januari 2011. Sila klik kat bawah nie:


http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Seorang_Rakyat_Malaysia_Koma_Di_England_Akibat_H1N1.html

Saya bercadang nak buat jualan cupcake/coklat/ macaron dan hasil jualan akan didermakan kepada tabung ini. Sesiapa yang ingin terus menderma silakan menderma. Atau sesiapa yang ingin membeli sambil menderma..saya akan publishkan di blog ini kemudian. 


Mudah2an beliau selamat..amin

Tuesday, March 8, 2011

0 Cuti Sekolah

Haishhh...next week cuti sekolah akan bermula selama seminggu ...start 12 March - 20 March 2011. Ingat nak bawak anak-anak tido hotel...tapi paham-paham la kan kalau harga time cuti sekolah nie..mau 2 kali ganda x hengat...huishhh

Selama seminggu juga aku akan bercuti...My aktiviti for next week:

12 March (sabtu) - Conduct Kelas Cupcake + Kek Bertunang Deko
13 March (Ahad) - Bawak anak-anak g Desa Waterpark
14 March (Isnin) -  Rehat, kemas rumah, layan anak-anak + Bake 36 Cupcake
15 March (selasa) -  Rehat, kemas rumah, layan anak-anak +Deko 36 Cupcake
16 March (Rabu) - Cuppies & Macarons Delivery + National Library
17 March (Khamis) - Splash Park Mines
18 March (Jumaat) - Ainaa birthday preparation + Hot Air Balloon
19 March (Sabtu) - Ainaa Birthday
20 March (Ahad) - Cikde Birthday + Ainaa's goodies bag to her frens

hehehehe..adessss



Sunday, March 6, 2011

0 Macarons

Alhamdullillah...berjaya juga ku harung ke Klang...walaupun jaraknya "agak" jauh..heheheh meh google sat bape jauh...tulihnya 53.8km...huhuhu bleh tahan la xbleh tahan la jugak


Bertolak dari rumah dalam kol 8.45pagi...sampai2 je dah dekat pukul 10.00pg. Alhamdulillah...








Ini la Sifu saya..Kak Nomie 


Sesiapa berminat nak join kelas nie...sila-sila la g website Kak Nomie...www.keklapis.com. Saya recommend coz kak nomie nie x kedekut ilmu langsung...Saya masih dalam proses pembelajaran..insyaallah boleh la amek order untuk Macarons lepas nie....kak Nomie...doakan macarons saya menjadi ye...hheheheheheh



Friday, March 4, 2011

0 Selamat Hari Lahir Buat Bondaku

Selamat Hari Lahir ke 61 buat bondaku Puan Hajjah Maznah Bt Hassan.



"Ya Allah,


 Kau berikanlah  ruang usia kepada bondaku serta tabahkan hatinya dalam menghabiskan sisa hidupnya berlandaskan ajaranMu.


Ya Allah, 

Kau Ampunkanlah  segala dosa2nya nan lalu serta bukakan lembaran baru untuknya
Gembirakan hatinya di kala kesunyian dengan ilmu-ilmuMu yang berguna.

Lindungilah dia daripada sebarang marabahaya & kesulitan.
Permudahkan segala urusannya daripada sekecil2 sehingga 
sebesar2 perkara." Amin












Wednesday, March 2, 2011

0 Trying New Watermark

Ntah ape-ape kan 




dah weng dah..


ngeee~~~~



0 Bored!

 

Ini Kisah Kami Semua Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates