Wednesday, December 28, 2011

0 LEGOLAND






Ini Legoland yang sedang dalam proses pembinaannya...


PARKMAP





Buat masa sekarang nie, Legoland ada buat promosi untuk annual tiket price di mana harga ada seperti berikut:


Annual Pass 

Purchase your unlimited entry to LEGOLAND® Malaysia now and enjoy unlimited entry on all regular opening days up to 3 months in year 2012 and the entire year 2013!

SPECIAL PROMOTION PRICE (for a limited time only)

Adult : RM 195.00
Children (age 3-11) : RM 150
Senior Citizen (age 60 and above) : RM 150



Harga biasa adalah:


Prices and Tickets 

1-Day TicketPrice in RM
Adult140
Child (3-11)110
  
Annual PassPrice in RM
Adult275
Child (3-11)210
   



Psst: Berbaloi jugak kalau beli annual pass..tapi kena selalu pergi la pulak kan..kalau x nanti membazir je la kan...ye dok gitu??

Wednesday, December 21, 2011

1 Boboiboy

Tadi bukak facebook Boboiboy. Since dah ada 5000 likes, so they animosta release la Boboiboy Halilintar wallpaper. 


Psst : Nie kalo bngah tengok nie xtau la

Tuesday, December 20, 2011

0 Jom Bayar Zakat

Nampaknya dah hampir cukup haul dah...



Cukup Haul

Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.


So maknanya kita nie WAJIB mengeluarkan zakat sebelum 31 Disember tiap-tiap tahun...






Ape kata kita pegi website nie Zakat Selangor atau Zakat Wilayah Persekutuan

Kat sini kita boleh tahu macam-macam info...dan yang paling pentingnya pengiraan dan pembayaran zakat...


Nanti korang klik kat Kalkulator Zakat untuk pengiraan zakat pendapatan








So nie la zakat pendapatan yang saya kena bayar tahun ini...:)





Psst : Zakat kalau x bayar kena Qada' tau...







0 Anak Oh Anak

Sewaktu mengaji smlm tiba-tiba bibik Seri telefon bgtau selipar Ameer Amsyar aka Bang Ngah ilang....

Dah ilang...nak buat macamana...beli je la yang baru kan..hehehehe

Sewaktu pulang ke rumah tokku...sesampai je disambut oleh 3 lil monster tu

Amsyar : Umie, selipar bngah hilang kat surau
Umie : xpe la...dah hilang nak buat camne
Ainaa : Ada orang tersalah pakai selipar bngah umie. Xpela umie, kita maafkan je la orang tu...mungkin dia xde duit nak beli selipar macam bngah tu kan...
Amsyar : a ah umie...kalau kita tak maafkan orang tu..nanti orang tu masuk api neraka kan umie....
Ainaa : Nanti umie beli kan selipar bngah yang lain. Insyallah...nanti umie masuk syurga...

Ya Allah...begitu positifnya anak-anakku...Alhamdulillah Ya Allah...

Monday, December 19, 2011

0 Fairy Vs Princess

Ainaa membelek2 dashboard, tiba-tiba dia ternampak my business card..The Cake Fairy

Ainaa : Kenapa umie pilih nama fairy?
Umie : Sebab fairy tu kan ada kuasa magik, cantik
Ainaa : Fairy kan ada wings...umie xde wings..how come umie nak jadi fairy
Umie : * Dalam otak dok pk nie..tapi belum sempat jawab*
Ainaa : Apa kata umie tukar dari fairy ke PRINCESS...The Cake Princess..walaupun xde kuasa magik...tapi kek umie tetap sedap dan cantek...

Ainaa..ainaa...ada je jawapan dia...

Sunday, December 18, 2011

0 Entry Meleleh

Ini akibat terlihat iklan nie kat blog suzi 





Agak-agak korang yang mane satu yang cantik ek??













Psst: Macam nak amek warna itammm je

Thursday, December 15, 2011

0 Apam Oh Apam

APAM..nama singkatan bagi Apam Polkadot Azura & Mazlan...cantek kan sinonim tu...heheheh




Sungguhpun baru berkecimpung dalam membuat apam nie..jumlahnya sudah lebih 10000 biji tempahan dibuat...namun tetap ada pasang surutnya...


Orang akan cakap...ala APAM je...apa susahnye...


Selama bergelumang dengan apam nie..antara masalah yang dihadapi dan saya pasti sesiapa yang pernah buat apam akan merasainya...


1. Apam Mengerutu ibarat muka kena jerawat batu..berlubang-lubang
2. Apam Keras kejong bila dah sejuk
3. Apam tersengih cam kerang busuk
4. Inti jatuh ke bawah
5. Dasar apam mengerengkot




bila saya bagi masalah2 nie...pasti ada yang tersenyum kan?? Sama??


Biasanya saya menyiapkan satu-satu tempahan (100pcs) dari menyukat bahan-bahan sehinggalah membasuh peralatan ialah selama sejam. 


Tetapi dalam sejarah saya, semalam (15/12/2011) saya menyiapkan apam selama 3 jam..adoiiii...ini kerana saya mengkehendaki apam berwarna ungu..tetapi tetapppp la tak dapat warna ungu yang dikehendaki sehingga saya seakan-akan putus asa. 


Akhir dapat juga la warna ungu tapi tidak seperti yang diharapkan....


Belajar mengenali apam melalui R & D :)


psst : Malam nie ada lagi 300pcs apam..alhamdulillah 

Wednesday, December 14, 2011

1 14 Disember 2011

 Sambungan kisah sebelum ini....


7.30 pagi : Siapkan anak-anak mengaji disurau


10.00 pagi : - Ke Klinik Pergigian Semenyih untuk ambil surat rujukan ke Hospital Serdang
                      - Mendaftar, bayar RM 1
                     - Pemeriksaan gigi seperti biasa (prosedur asas)

                    - Tunggu surat rujukan


10.30 pagi : - Ke Hospital Serdang


10.45 pagi : - Sampai dan cari parking yang penuh sesak..phewww


11.00 pagi : - Mendaftar di Klinik Gigi Pediatrik


12.00 tengahari : - Giliran masuk bilik 20 khas untuk kanak-kanak
                                - Doktor Nur Amalina ambil history semua
                                - Pemeriksaan dijalankan
                                - Doktor Pakar Dr Bahanordin diagnose gigi dan solution
                               - X Ray
                               - Gigi retak akan dicabut. Syukur alhamdulillah cuma 1/3 gigi sahaja yang dicabut memandangkan akar juga effect. Rawatan saraf akan dilakukan ...dan tampalan sementara akan dilakukan






2.30ptg : Selesai & pulang


4.00 ptg : Tampalan sementara tertanggal. Terus hubungi doktor & ty ape yang patut dilakukan...doktor mintak datang balik ke Serdang untuk tampal balik....Ya Allah..penat belum hilang...memikirkan nak ke sana tu...ermmm terfikir bleh tak pergi mana2 klinik untuk tampal balik...alhamdulillah..boleh :)


Cepat-cepat amek kunci kereta bergegas pulak ke Klinik Pergigian Beranang. Takut klinik tutup


4.15 ptg : Mendaftar lagiiiiiiiiiiii.....& pemeriksaan gigi rutin
               - Tampalan dilakukan tetapi tidak la secantik di Hospital Serdang tetapi sekurang-kurangnya lubang tertutup.


5.00 ptg : Pulang ke rumah...baru sempat nak menjamah nasi sejak dr pagi tidak berisi...


SYUKUR ALHAMDULILLAH. Next appointment 17 Jan 2012 jam 2.30 ptg :)


Nota : Sepanjang pemeriksaan gigi dijalankan alhamdulillah Ainaa/ Kakak memberikan kerjasama yang sangat baik....dan tahniah juga kepada doktor-doktor & jururawat yang pandai melayan kanak-kanak :)



0 GIGI

Assalamualaikum...


Nak share pengalaman di mana kejadian nie baru je lagi berlaku pada hari Isnin 12/12/2011. Anak perempuan yang sulung telah jatuh basikal tersembam atas jalan tar. Kejadian nie berlaku depan mata. Masih terbayang-bayang...hish


Akibat kejadian tersebut, anakku itu yang lebih dikenali dengan panggilan Kakak telah mengalami kecederaan pada gigi hadapannya...GIGI KEKAL yang telah retak hampir separuh. Bila melihatnya tidur pada malam tersebut membuatkan hatiku sebak tidak tertahan-tahan memikirkan masa hadapannya.


Kakak cukup menjaga giginya...tidak hairan lah kalau apabila pemeriksaan gigi dilakukan dia akan mendapat pujian kerana giginya yang cantik dan sihat.


Keesokan harinya, kakak di bawa ke Klinik Pergigian Kajang oleh babahnya. Pemeriksaan dilakukan dan doktor mengatakan giginya perlu dicabut tetapi hanya akan dicabut pada hari isnin minggu hadapannya (19/12/2011). Bila mendengar sahaja giginya akan dicabut..hati nie lagi la meruntun-runtun sedihnya. Doktor mengatakan kakak akan memakai gigi palsu selepas 2 bulan dicabut...Ya Allah kuatkan semangatku.


Tetapi berdasarkan pengalaman lalu & melihatkan keadaan gigi hati ini kuat mengatakan mengapa nak cabut sebatang gigi sedangkan yang kelihatannya cuma 1/3 gigi sahaja yang terlibat. Arrrhhh...doktor lagi tahu kerjanya...


Iskk tak boleh jadi nie...lantas Hospital Kajang dihubungi dan bercakap dengan Doktor Asmah. Dr Asmah mencadangkan membawa kakak ke Hospital Serdang kerana serdang mempunyai pakar pergigian pediatrik sambil berkata " Jangan cabut dulu ye gigi tu"


Tidak lama kemudian, Hospital Serdang pula ku terjahi...tetapi mereka mahukan surat rujukan dr pihak doktor yang merawatnya sebelum itu. Kemudian, KP Kajang dihubungi kembali dan meminta mereka mengeluarkan surat berkenaan. 


Masalah mula timbul bila KP Kajang berkeras tidak mahu mengeluarkan surat tersebut. 


Ya Allah permudahkan urusanku...


Kemudian, aku kembali menghubungi Hospital Serdang meminta pendapat mereka. Alhamdulillah mereka sangat membantu. Terima kasih...


Keesokan harinya : 14/12/2011 Jadual yang Padat Bermula....


Sambungan.....

0 Dugaan

Assalamualaikum...

Setelah berbagai dugaan ditempuhi semalam...semoga Allah permudahkan hari ini..... kebelakangan ini banyak betul dugaan dan kejadian bukan sahaja untuk saya tapi saya pasti Apa pun, ianya cuma dugaan kecil sahaja dan sebenarnya apa yang 'diberi' itu mampu kita pikul, kerana Allah tidak memberi satu dugaan melainkan kita mampu memikulnya." Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -(SurahAl-Baqarah ayat 286) 

Cuma kita perlu cari kekuatan..ketabahan..yakin bahawa Allah sebagai Rab kita mempunyai sebab yang tidak kita fahami dengan akal yang cetek ini. 

Kata kunci YAKIN. Kalau belum sampai keyakinan itu maka carilah..dan mencari keyakinan memerlukan ilmu..membaca.. merasa dalam hati TANPA was-was, inilah yang terbaik, barulah Redha itu timbul kerana kita ikhlas menerimanya. Pahala yang SANGAT besar bagi orang yang sabar. 

“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” 
(Al Baqarah: 153) 

Mendapat sabar memang susah. Namun ianya mampu dikecapi dengan apa? Dengan solat yang khusyuk, sepenuh fokus pada Alllah. "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', "
 -(Surah Al-Baqarah ayat 45) 

Selamat bersabar semua..ganjaran anda sungguh besar. " Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka ..." 
-(Surah At-Taubah ayat 111)

0 Mampukah kasih ibu dan anak mengatasi segalanya


Hayati video ini...

Thursday, November 17, 2011

0 Bila Lori Terbalik.....

X kisah la kat memanapun....asal lori terbalik je..mesti nak kutip...contoh..


SYILING






BERAS






agak-agak....kalau yang kat bawah nie ada x yang nak kutip heh??


























hahahahahah...


Psttt: X baik amek hak oranggg...haram tau..kikikiki

Wednesday, November 16, 2011

0 Duit RM100 - Bantuan Persekolah 2012

Assalamualaikum...


Hari nie saya berpeluang untuk mengambil duit bantuan yang diperuntukan oleh kerajaan persekutuan seperti yang dibentangkan oleh Bajet 2012 di sekolah anak saya Sek Jenis Kebangsaan Cina Sin Ming, Semenyih





Duit bantuan RM100 akan disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing dan kemudiannya diagihkan secara tunai kepada ibu bapa, penjaga.




Kesemua murid tahun satu sehingga tingkatan empat persekolahan 2011 LAYAK mendapat bantuan sebanyak RM 100 ini tanpa mengira latar belakang keluarga. Ini bertujuan supaya duit bantuan ini sedikit sebanyak mengurangkan perbelanjaan ibu bapa membuat persiapan anak-anak. 


Sila tuntut duit masing-masing disekolah anak-anak dan jangan lupa bawa dokumen berikut:


1. Kad Pengenalan Ibu/ Bapa/Penjaga
2. Surat Beranak anak
Bagi yang menolak duit ini hendaklah turut hadir ke sekolah dan mengisi borang penolakan. Tapi bagi saya rezeki jangan ditolak tapi hendaklah pandai digunakan ke jalan yang betul. Apa yang penting, gunakanlah ia untuk membeli keperluan sekolah anak-anak untuk tahun depan atau sekurang-kurang simpan dalam bank kerana itu adalah hak mereka...cam la contoh saya ...simpan dalam tabung haji
psttt: Anda dah amek??

Tuesday, November 15, 2011

0 Wordless Wednesday

0 TESCO

Assalamualaikum....


Haiihhhh....baru-baru nie saya pegi Tesco Semenyih..bukan baru-baru nie aje..tetiap minggu sure pegi punye...


My kids suka bebeno nak beli air kultur...so skali..tengok sana tengok sini...





Yang merah tu harga promo...yang kuning tu normal price...


tapi yang menjadikan makcik nie kehairanan apsal la harga promo nie lagi mahal dari harga biasa....ini jawapan yang diterima dari FB Tesco



Psstt: Agak-agak jawapan tu logik ke tak ek??

Monday, November 14, 2011

0 DIY Fridge Magnet

Assalamualaikum...


Ari nie saya nak tunjuk cara-cara nak buat fridge magnet yang sangaaatttt senang...


Bahan-bahan yang diperlukan


1. Gunting
2. Tracing Paper
3. Mounting Board
4. Ribbon
5. Gam
6. Magnet
7. Gambar
8. Memo Pad
9. Sedikit kekreatifan




Cara-cara


1. Sediakan memo pad yang depannya dah dibuang..untuk kita gantikan dengan cover kita sendiri




2. Amek ukuran memo pad td dan buat draft kat dalam komputer..contoh kat bawah nie


3. Yang nie dah di print atas tracing paper. Suka ati korang la nak print atas kertas ape pn kan...:)






4. Kemudian lekatkan cover td dengan memo pad kita



 5. Lekatkan memo pad nie pada mounting board yang telah siap digunting dan dipakaikan baju..~ngeeee~



6. Kemudian lekatkan pulak paper clip 







7. Sediakan gambar yang dikehendaki





8. Kemudian sediakan nama menggunakan tape. Contoh kat bawah nie ye



Nie la alatnye...murah je pn



 9. Akhirnya lekatkan gambar dan nama....taaaaadaaaa

















0 My January 2012 Calendar

Assalamualaikum...

Nie kalendar bulan Januari 2012 ....


*Sila klik untuk besarkan...tu pun kalo nak tgk laaaa*


Psst: Ada nak tambah ape-ape lagi x ek??

0 Tempat Baru

Untuk kengkawan yang belum tau saya dah bertukar tempat keje.


Dulu disini


 


sekarang di sini




Jauh?? Xde laaa...hari-hari perjalanan saya pergi sahaja 58km..hehehe

Friday, March 25, 2011

0 Macarons Packaging

Hiiiii...kali nie citer pasal macarons lagi..huhuhu nasib la korang....nak tanya pendapat korang camne ek?










Isk cantik-cantik kan??? 

Pssst: korangggg...gambar  nie sumer amek kat google je




 

Ini Kisah Kami Semua Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates