Monday, March 21, 2011

0 Bantuan Derma

Assalamualaikum....


Dah lama tidak menulis blog ini. Sejenak hati terasa sayu dan sedih mengenangkan nasib seorang sahabat yang berada di perantauan yang sedang sakit. Saya kenal beliau semasa sama2 menuntut di IKIP di bawah program NAPIER. Ikuti kronologi beliau:


Di bawah adalah kronologi kisah sahabat kita di Birmingham

Puan Zamzurina binti Mohamad berumur 31 tahun, dimasukkan ke City Hospital, Birmingham dengan menaiki ambulance pada 26 Disember 2010(Boxing Day) pada jam 3 petang kerana kesesakan nafas. Beliau menghadapi batuk yang tidak henti semenjak bulan ramadhan lalu dan telah 4 kali refer pada GP atas masalah tersebut. Beliau turut menyatakan pada GP mengenai susut berat badan yg melampau dan berpeluh di waktu malam tetapi GP hanya prescribed ubat batuk yg sama.

Keadaan kesihatan beliau menjunam dan diberikan alat bantuan pernafasan kerana beliau tak sedarkan diri. Dari awalnya suspected lungs infection tapi 3 hari kemudian disahkan swine flu dan juga TB sekaligus. Punca sistem pertahanan badan yang lemah akibat bakteria TB yang sudah serang sistem paru-parunya, beliau terus dimasukkan ke CCU.

Beliau mempunyai 2 orang anak berumur 3 dan 2 tahun. Beliau mengikut suaminya yang sebelum ini melanjutkan pengajian master di Birm City Uni dan kedua-dua mereka bekerja sebagai cleaners dan telah pun berhenti kerja. Mereka sepatutnya pulang ke Malaysia for good pada 4 Januari 2011 melainkan takdir Allah SWT telah mengubahnya. Ada keluarga dari Malaysia yang datang dan bawa pulang anak-anak. Selain daripada itu, suami beliau, Encik Ahmad Najami juga memerlukan sokongan masyarakat, yang setakat ini alhamdulilah, sangat supportive. Minta doakan kesejahteraan Encik Ahmad Najami juga sebab sangat tertekan dan ada masanya hilang semangat terus.





Doktor telah memanggil keluarga beliau untuk buat religious ceremony sebab mereka sangka dah hampir tiba masa. But Alhamdulillah she picked up and her condition stabilised sedikit demi sedikit. Allah Maha Berkuasa.

Puan Zamzurina telah pun sedar tetapi masih memerlukan bantuan gas pernafasan. Sebelah paru2nya telah rosak selama2nya (permanent damage) dan memerlukan bantuan oksigen. Beliau memerlukan bantuan bekalan oksigen yang mungkin mengambil masa 6bulan atau mungkin lebih atau selama-lamanya malah untuk penggunaannya atas pesawat bg kepulangannya ke Malaysia. Anggaran kos perbelanjaan sebanyak RM17,000 untuk pembelian alat bantuan pernafasan (tong gas pure oksigen). Kos itu tidak bermasuk tiket penerbangan mereka.



Sumbangan boleh disalurkan ke account HSBC suaminya beliau seperti dibawah

 Nama:AHMAD NAJAMI BIN MOHAMAD ZUBIR
No Account : 032048670025



Kisah beliau juga turut dimuatkan di dalam berita terkini TV3 pada 17 Januari 2011. Sila klik kat bawah nie:


http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Seorang_Rakyat_Malaysia_Koma_Di_England_Akibat_H1N1.html

Saya bercadang nak buat jualan cupcake/coklat/ macaron dan hasil jualan akan didermakan kepada tabung ini. Sesiapa yang ingin terus menderma silakan menderma. Atau sesiapa yang ingin membeli sambil menderma..saya akan publishkan di blog ini kemudian. 


Mudah2an beliau selamat..amin

0 comments:

Post a Comment

 

Ini Kisah Kami Semua Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates