Wednesday, December 14, 2011

1 14 Disember 2011

 Sambungan kisah sebelum ini....


7.30 pagi : Siapkan anak-anak mengaji disurau


10.00 pagi : - Ke Klinik Pergigian Semenyih untuk ambil surat rujukan ke Hospital Serdang
                      - Mendaftar, bayar RM 1
                     - Pemeriksaan gigi seperti biasa (prosedur asas)

                    - Tunggu surat rujukan


10.30 pagi : - Ke Hospital Serdang


10.45 pagi : - Sampai dan cari parking yang penuh sesak..phewww


11.00 pagi : - Mendaftar di Klinik Gigi Pediatrik


12.00 tengahari : - Giliran masuk bilik 20 khas untuk kanak-kanak
                                - Doktor Nur Amalina ambil history semua
                                - Pemeriksaan dijalankan
                                - Doktor Pakar Dr Bahanordin diagnose gigi dan solution
                               - X Ray
                               - Gigi retak akan dicabut. Syukur alhamdulillah cuma 1/3 gigi sahaja yang dicabut memandangkan akar juga effect. Rawatan saraf akan dilakukan ...dan tampalan sementara akan dilakukan






2.30ptg : Selesai & pulang


4.00 ptg : Tampalan sementara tertanggal. Terus hubungi doktor & ty ape yang patut dilakukan...doktor mintak datang balik ke Serdang untuk tampal balik....Ya Allah..penat belum hilang...memikirkan nak ke sana tu...ermmm terfikir bleh tak pergi mana2 klinik untuk tampal balik...alhamdulillah..boleh :)


Cepat-cepat amek kunci kereta bergegas pulak ke Klinik Pergigian Beranang. Takut klinik tutup


4.15 ptg : Mendaftar lagiiiiiiiiiiii.....& pemeriksaan gigi rutin
               - Tampalan dilakukan tetapi tidak la secantik di Hospital Serdang tetapi sekurang-kurangnya lubang tertutup.


5.00 ptg : Pulang ke rumah...baru sempat nak menjamah nasi sejak dr pagi tidak berisi...


SYUKUR ALHAMDULILLAH. Next appointment 17 Jan 2012 jam 2.30 ptg :)


Nota : Sepanjang pemeriksaan gigi dijalankan alhamdulillah Ainaa/ Kakak memberikan kerjasama yang sangat baik....dan tahniah juga kepada doktor-doktor & jururawat yang pandai melayan kanak-kanak :)



0 GIGI

Assalamualaikum...


Nak share pengalaman di mana kejadian nie baru je lagi berlaku pada hari Isnin 12/12/2011. Anak perempuan yang sulung telah jatuh basikal tersembam atas jalan tar. Kejadian nie berlaku depan mata. Masih terbayang-bayang...hish


Akibat kejadian tersebut, anakku itu yang lebih dikenali dengan panggilan Kakak telah mengalami kecederaan pada gigi hadapannya...GIGI KEKAL yang telah retak hampir separuh. Bila melihatnya tidur pada malam tersebut membuatkan hatiku sebak tidak tertahan-tahan memikirkan masa hadapannya.


Kakak cukup menjaga giginya...tidak hairan lah kalau apabila pemeriksaan gigi dilakukan dia akan mendapat pujian kerana giginya yang cantik dan sihat.


Keesokan harinya, kakak di bawa ke Klinik Pergigian Kajang oleh babahnya. Pemeriksaan dilakukan dan doktor mengatakan giginya perlu dicabut tetapi hanya akan dicabut pada hari isnin minggu hadapannya (19/12/2011). Bila mendengar sahaja giginya akan dicabut..hati nie lagi la meruntun-runtun sedihnya. Doktor mengatakan kakak akan memakai gigi palsu selepas 2 bulan dicabut...Ya Allah kuatkan semangatku.


Tetapi berdasarkan pengalaman lalu & melihatkan keadaan gigi hati ini kuat mengatakan mengapa nak cabut sebatang gigi sedangkan yang kelihatannya cuma 1/3 gigi sahaja yang terlibat. Arrrhhh...doktor lagi tahu kerjanya...


Iskk tak boleh jadi nie...lantas Hospital Kajang dihubungi dan bercakap dengan Doktor Asmah. Dr Asmah mencadangkan membawa kakak ke Hospital Serdang kerana serdang mempunyai pakar pergigian pediatrik sambil berkata " Jangan cabut dulu ye gigi tu"


Tidak lama kemudian, Hospital Serdang pula ku terjahi...tetapi mereka mahukan surat rujukan dr pihak doktor yang merawatnya sebelum itu. Kemudian, KP Kajang dihubungi kembali dan meminta mereka mengeluarkan surat berkenaan. 


Masalah mula timbul bila KP Kajang berkeras tidak mahu mengeluarkan surat tersebut. 


Ya Allah permudahkan urusanku...


Kemudian, aku kembali menghubungi Hospital Serdang meminta pendapat mereka. Alhamdulillah mereka sangat membantu. Terima kasih...


Keesokan harinya : 14/12/2011 Jadual yang Padat Bermula....


Sambungan.....

0 Dugaan

Assalamualaikum...

Setelah berbagai dugaan ditempuhi semalam...semoga Allah permudahkan hari ini..... kebelakangan ini banyak betul dugaan dan kejadian bukan sahaja untuk saya tapi saya pasti Apa pun, ianya cuma dugaan kecil sahaja dan sebenarnya apa yang 'diberi' itu mampu kita pikul, kerana Allah tidak memberi satu dugaan melainkan kita mampu memikulnya." Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -(SurahAl-Baqarah ayat 286) 

Cuma kita perlu cari kekuatan..ketabahan..yakin bahawa Allah sebagai Rab kita mempunyai sebab yang tidak kita fahami dengan akal yang cetek ini. 

Kata kunci YAKIN. Kalau belum sampai keyakinan itu maka carilah..dan mencari keyakinan memerlukan ilmu..membaca.. merasa dalam hati TANPA was-was, inilah yang terbaik, barulah Redha itu timbul kerana kita ikhlas menerimanya. Pahala yang SANGAT besar bagi orang yang sabar. 

“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” 
(Al Baqarah: 153) 

Mendapat sabar memang susah. Namun ianya mampu dikecapi dengan apa? Dengan solat yang khusyuk, sepenuh fokus pada Alllah. "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', "
 -(Surah Al-Baqarah ayat 45) 

Selamat bersabar semua..ganjaran anda sungguh besar. " Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka ..." 
-(Surah At-Taubah ayat 111)

0 Mampukah kasih ibu dan anak mengatasi segalanya


Hayati video ini...
 

Ini Kisah Kami Semua Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates